Berdekad sudah manusia melihat jatuh bangunnya sesebuah empayar pemerintahan dunia yang berkait rapat dengan ketokohan pemimpin yang mengemudi negara. Silih bergantinya pemerintahan sinonim dilihat dengan cara penjajahan melalui peperangan ataupun perjanjian. Namun, pada masa kini suara majoriti rakyat merupakan alat paling kuat dalam menentukan peralihan tampuk kepimpinan negara. Hal ini, diperlihatakan oleh kita dengan keadaan yang berlaku di negara-negara jiran di mana perarakan besar-besaran rakyat diadakan bagi menuntut berlakunya peralihan kepimpinan negara. Pemberontakan dan keganasan yang tercetus menekan pemimpin untuk berundur.
Sungguhpun berlangsungnya keadaan ini hampir dengan negara kita, ia sedikit pun tidak mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia untuk mengambil langkah yang sama. Peralihan kuasa antara Dato Seri Abdullah dan Dato Seri Najib melihatkan peralihan kepimpinan yang berlaku dengan kematangan yang tinggi. Kebaikan tradisi peralihan kuasa ini boleh dilihat kepada beberapa aspek yang antaranya, pemilihan adalah berdasarkan kepada ketokohan pemimpin tersebut dalam kerajaan, pengalaman yang luas mencakupi pelbagai ruang lingkup, kepimpinan dinamik yang diwarisi serta penerimaan rakyat adalah keutamaan.
Keadaan ini wajar sekali diteladani oleh pemimpin dalam pergerakan yang lainnya.Baik kepada pergerakan mahasiswa mahu pun pergerakan badan bukan kerajaan.Dengan beralihnya portfolio Perdana Menteri Malaysia kepada Dato Seri Najib Tun Razak akan menampakkan perubahan iklim politik,sosial, dan ekonomi yang baik berlandaskan kepercayaan dan kerasionalan menurut petunjuk yang Maha mengetahui.

No comments:
Post a Comment