Fenomena manusia berlumba-lumba membuat ibadah sunat di malam hari tiba kembali.Kelibat manusia keluar masuk sebuah bangunan yang sederhana besar ketara kelihatan.kelihatan segolongan manusia duduk di tepi bangunan tersebut menantikan sesuatu.Wal hal segolongan manusia lagi sedang sibuk membaca dengan alunan suara yang tersendiri.Senario ini amat dekat dengan hamba Allah ketika ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga.Inilah bulan yang penuh dengan barakah didalamnya iaitu Ramadhan al mubarak.
Bersimpuh aku dihujung malamnya ditemani angin dingin yang terhasil dari pusingan kipas angin.Pemikiran aku terbawa-bawa dengan kejadian tempoh hari selepas terjaga dari lena.Waktu ketika itu menunjukkan pukul dua pagi. Bergegas mencari telefon mudah alih dan aku melihat ada pesanan ringkas dihantar di telefon ku. apabila dibuka aga terkejut aku dengan penghantarnya menanyakan keadaan aku. Baru sebentar tadi aku melihat dia dalam keadaan mimpi.
Pesanan ringkas kami balas membalas buat seketika. Sedikit daripada cerita si penghantar bermimpikan aku dalam tidurnya dalam keadaan membisu. Barangkali terdetik di hatinya untuk menetahui keadaan sebenar aku membuatkan si penghantar memberi pesanan ringkas ke telefon ku. Sememangnya keadaan perasaan aku ketika ini agak kurang kestabilannya. Namun, aku rahsiakan untuk sebab-sebab yang aku pendam sendiri. sebaliknya aku berkongsikan dengannya keadaan ini.
Perkiraan aku keadaan ini berlaku mungkin kerana asbab petunjuk Ilahi yang berhikmah. Dalam keadaan aku yang terumbang ambing dengan masalah dunia bercampur aduk dengan bermacam ragam perasaan memerlukan sokongan dan dampingan. Terpaku aku bile teringat kembali kejadian itu. Sejak keadaan itu datang menyapa rintihan rohani yang tidak terbendung saban hari, terasakan ade sesuatu perasaan menggamit segenap jiwa. Sedih,syahdu dan semakin rendah serta hinanya diri jika sesekali aku alpa dan berpaling padaNya.
Ramadhan kali ini aku tempuh dengan begitu sederhana. Jamuan yang aku jamah tidak seperti mahunya dahulu. Sekadar cukup mengisi perut. Harapan bukan lagi satu pilihan utama. Hari-hari yang mendatang aku jalani seperti biasa walaupun cukup perit dengan liku-likuannya.Pada Allah aku panjatkan doa. Istiqamah menyusuri perjalanan ku.
No comments:
Post a Comment